Rumah dalam pembinaan ini mengambil masa lebih kurang setengah tahun lagi untuk disiapkan. Buat masa sekarang, rumah berkembar ini telah siap melepa, dan sedang memasang siling kapur. Setelah siap pemasangan siling, tukang cat akan mengambil-alih untuk persiapan rumah tersebut.
Terdapat 2 jalan masuk ke tapak projek Kg Pengkalan Nangka, Mukim Baung. Salah satu jalan masuk adalah jalan masuk di sebelah stesyen minyak Shell, di cabang masuk terdapat papan tanda "Pak Wi Satay Sri Chempaka", iaitu jalan pintas menuju ke Padang Tembak di jalan masuk ke cabang ke kanan, projek ini pula berada di cabang masuk ke kiri dan hanya 20 meter dari cabang tersebut.
Jalan alternatif adalah lorong masuk di antara Kedai Motorsikal Hiap Ho dan Kedai Runcit dan Makan Kak Ha, pandu masuk 500 meter dan terdapat signboard NSC dan rumah sedang dibina, yang berhadapan dengan perkuburan Islam, anda juga boleh merujuk kepada pelan lokasi di bawah ini :
Keluasan rumah ini adalah seluas 1,314 kaki persegi, mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air, bilik tidur utama mempunyai bilik air yang berasingan, manakala bilik tidur 2 & 3 berkongsi satu bilik air. Di dapur pula mempunyai satu bilik air yang berasingan untuk kegunaan tetamu.
Berikut adalah gambar-gambar terkini untuk rumah berkembar 1 tingkat ini :
Keluasan Tanah : 3025 kaki persegi
Keluasan Rumah : 1314 kaki persegi
Status Tanah : Hakmilik Kekal Melayu
Harga rumah yang tersebut di atas TERMASUK yuran guaman perjanjian jual-beli, yuran guaman perjanjian pinjaman & kos pindahmilik. Hanya RM500.00 diperlukan untuk tempahan rumah ini, kos yang lain-lain ditanggung oleh NSC.
** Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis
Sila klik pada imej untuk gambaran yang lebih besar
Untuk keterangan lanjut, hubungi pihak NSC di talian 013-918 9999 atau 012-981 0300 atau email ke nsc.properties.sdn.bhd@gmail.com
No comments:
Post a Comment