Friday, October 16, 2009

Rumah Berkembar 1 Tingkat di Jalan Pengkalan Chepa, Mukim Baung, Kota Bharu

Bagi pembeli-pembeli yang ingin memiliki rumah di kawasan sekitar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa, kini NSC sedia membuka untuk tempahan, dua (2) unit rumah berkembar satu tingkat di Jalan Pengkalan Chepa, Mukim Baung, Jajahan Kota Bharu.



Rumah berkembar dengan rekabentuk yang menarik. Keluasan rumah adalah seluas 1,314 kaki persegi. Rumah berkembar ini mengandungi 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan ruang keluarga serta dapur, juga terdapat verandah yang besar bersambung dari ruang keluarga.

Oleh kerana unit yang ditawarkan adalah terhad, NSC mengamalkan skim "SIAPA CEPAT DIA DAPAT", iaitu sesiapa yang membayar wang tempahan RM500 kepada NSC, pembeli tersebut akan diberikan tempoh selama DUA (2) bulan untuk membuat pinjaman dari bank atau Pinjaman Perumahan Malaysia, sekiranya gagal maka pembeli yang seterusnya dapat peluang untuk memiliki rumah ini.

Projek ini telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa dan pembinaan akan dijalankan akhir bulan Oktober. Lokasinya strategik dan berada di luar kawasan banjir.


  • 5.4km dari Pusat Bandar Kota Bharu

  • 1.5km dari pusat beli-belah Pantai Timur

  • 2.0km dari Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra

  • 2.7km dari Taman Uda Murni



Tapak Projek


Untuk menuju ke tapak projek, terdapat 2 jalan masuk. Salah satu jalan masuk adalah lorong masuk di antara Kedai Motorsikal Hiap Ho dan Kedai Runcit dan Makan Kak Ha, pandu masuk 500 meter dan terdapat tanah yang telah diratakan dan mempunyai longgokan pasir dan di hadapan tapak tersebut adalah tapak perkuburan islam, bersebelahan dengan banglo 2 tingkat dan berhadapan dengan banglo 1 tingkat.

Jalan alternatif adalah jalan masuk di sebelah stesyen minyak Shell, di cabang masuk terdapat papan tanda "Pak Wi Satay Sri Chempaka", iaitu jalan pintas menuju ke Padang Tembak, juga boleh merujuk kepada pelan lokasi di bawah ini :

Sila klik pada imej untuk gambaran yang lebih besar


No. Lot PT 1758 TELAH DIJUAL
Harga Jualan : RM 235,000.00
Keluasan Tanah : 3025 kaki persegi
Keluasan Rumah : 1314 kaki persegi
Status Tanah : Hakmilik Kekal

No. Lot PT 1759 Sudah ditempah
Harga Jualan : RM 235,000.00
Keluasan Tanah : 2928 kaki persegi
Keluasan Rumah : 1314 kaki persegi
Status Tanah : Hakmilik Kekal


Harga rumah yang tersebut di atas TERMASUK yuran guaman perjanjian jual-beli, yuran guaman perjanjian pinjaman & kos pindahmilik

** Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis


Susunatur Lot Tanah



Pandangan Hadapan



Pandangan Belakang



Pandangan Sisi



Susunatur Pelan Lantai
Sila klik pada imej untuk gambaran yang lebih besar




Brosur - Sila klik pada imej untuk gambaran yang lebih besar


Sesiapa yang berminat sila hubungi pihak kami dengan segera di talian 09-747 5880 atau 09-747 7275 atau email ke nsc.properties.sdn.bhd@gmail.com


No comments: