Sunday, November 23, 2008

Projek Baru di Kg Tok Pelanduk (Batu Karang), Mukim Apam, Pasir Mas

Projek perumahan baru di Kg Tok Pelanduk atau Batu Karang, Mukim Apam, Pasir Mas, terletak kira-kira 3.6km dari cabang Rantau Panjang -- Lubok Jong, Pasir Mas, pelan lokasi projek adalah seperti berikut :


Pelan lokasi untuk projek di Kg Tok Pelanduk, Batu Karang
Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar


Projek Perumahan Kg Tok Pelanduk dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa I akan dilancarkan pada Januari 2009, fasa-fasa dibahagikan seperti berikut :


  • Fasa I - 9 unit rumah berkembar 1 tingkat dan 5 unit rumah banglo 1 tingkat
  • Fasa II - 9 unit rumah banglo 1 tingkat
  • Fasa III - 9 unit rumah banglo 1 tingkat



  • Pelan susunatur lot-lot untuk Fasa I
    Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar


    Harga untuk seunit rumah berkembar 1 tingkat dianggarkan dari harga RM120,000 hingga RM140,000. Manakala rumah banglo 1 tingkat dianggarkan dari harga RM160,000 hingga RM190,000 untuk rumah 3 bilik tidur, sementara rumah banglo 1 tingkat 4 bilik tidur dianggarkan dari harga RM190,000 hingga RM220,000.

    Diskaun sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada Empat (4) unit pertama yang membuat tempahan untuk Fasa I.

    Sesiapa yang berminat sila hubungi pihak kami dengan segera di talian 09 747 5880 atau email ke nscprop@streamyx.com

    No comments: